fbpx

Buruh maut tercampak 27 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja kontrak maut dirempuh sebuah kereta ketika menjalankan kerja membaiki jalan di bahu jalan di Kilometer 32, Jalan Tawau – Kunak semalam. Foto Ihsan Pembaca

TAWAU – Seorang pekerja kontrak maut dirempuh sebuah kereta ketika menjalankan kerja membaiki jalan di bahu jalan di Kilometer 32, Jalan Tawau – Kunak, semalam.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, mangsa lelaki berusia 62 tahun yang tercampak sejauh 27 meter selepas dirempuh disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati, ketika pemandu kereta jenis Perodua Viva lelaki berusia 23 tahun dari Kunak menuju ke Hospital Tawau.

“Sebaik tiba di lokasi, pemandu kereta dipercayai memandu laju sambil memotong dua kenderaan di hadapannya, menyebabkan pemandu hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan.

“Kereta itu kemudian masuk ke laluan bertentangan dan melanggar seorang lelaki yang berada di bahu kiri jalan sedang membuat kerja memasang cerucuk jalan di jalan utama bersama dua rakan sekerjanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

T6ambahnya, pemandu Perodua Viva ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI