fbpx

2 penjenayah mati ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis ketika di lokasi dua penjenayah mati ditembak di Bukit Panchor, hari ini.

SEBERANG PERAI – Polis menembak mati dua penjenayah dipercayai ketika mahu melakukan kegiatan pecah masuk bangunan di Bukit Panchor, Nibong Tebal di sini, awal pagi tadi.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi ketika sepasukan polis sedang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan.

Turut dirampas adalah beberapa peralatan seperti besi pengumpil, tukul besi, mesin potong besi dan lain-lain.

Sidang akhbar berhubung kes tersebut akan diadakan oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad pada pukul 10.45 pagi ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (IPD SPS). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI