fbpx

Fakhrul, Zulaikah bergaya julang Piala Harrier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAKRUL (kanan) dan Zulaikah muncul juara kategori lelaki serta wanita Piala Harrier Jelajah Toyota hari ini.

KUANTAN – Selepas lapan tahun bergelar pemain profesional, Fakhrul Akmal akhirnya mengecapi kejuaraan sulungnya apabila merangkul Piala Harrier Jelajah Toyota di Kelab Golf DiRaja Pahang (KGDP) hari ini.

Fakrul, 28, menang dengan jurang sembilan pukulan mengatasi pencabar terdekatnya selepas cemerlang mencatat empat bawah par 68 pada pusingan terakhir sekali gus mengumpul skor keseluruhan 16 bawah par 200.

Lee Chong Li merekodkan 68 untuk muncul naib juara, manakala bekas juara Jelajah Asia, Ben Leong, yang mencatat 72, merupakan antara empat pemain berkongsi tangga ketiga dengan skor 210.

Kelebihan tiga pukulan yang dimiliki pada awal saingan hari ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Fakrul.

Sekalipun tercicir bogey pada lubang pertama, Fakrul tenang dan segera bangkit dengan melakar dua birdie berturut-turut untuk memastikan statusnya selaku pendahulu kejohanan langsung tidak tergugat.

FAKHRUL menamatkan penantian lapan tahun untuk menjuarai gelaran profesional pertamanya.

Anak kelahiran Negeri Sembilan itu kemudiannya terus melebarkan jurang kelebihan dengan meraih tiga lagi birdie di lubang keenam, ketujuh dan ke-10.

“Saya hilang kata-kata. Selepas beberapa kali terlepas kejuaraan (muncul naib juara dua kali pada musim 2022), saya pernah tertanya-tanya agaknya sampai bila perlu menunggu untuk melakar kemenangan profesional pertama.

“Akhirnya detik gemilang ini tiba jua. Ini merupakan kali pertama saya beraksi di KGDP, jadi ia sememangnya istimewa. Sokongan yang saya perolehi daripada peminat-peminat di sini membuatkan saya bersemangat sekali.

“Sebenarnya, walaupun memasuki pusingan terakhir dengan kelebihan tiga pukulan, saya langsung tidak berasa selesa. Sebaliknya, saya harus terus melakukan lebih banyak birdie dan cuba menyasarkan 20 bawah par iaitu angka yang saya rasa perlu capai untuk menang,” katanya.

ZULAIKAH mencipta kejutan sensasi apabila berjaya menewaskan Olimpian negara untuk merangkul kejuaraan.

Sementara itu, gelaran juara kategori wanita menjadi milik Zulaikah Nasser iaitu bintang muda yang baharu sahaja bergelar profesional bulan lalu.

Zulaikah, 22, yang memiliki kelulusan ijazah sarjana dalam komunikasi massa dari Amerika Syarikat, mencatat skor 71 untuk mengumpul agregat keseluruhan 213 sekaligus memberikan kemenangan enam pukulan ke atas Geraldine Wong (73).

Bekas Olimpian negara dan anak jati Kuantan, Michelle Koh menghuni tempat ketiga selepas merekodkan 74 dengan markah terkumpul 222.

“Kejayaan hari ini membuktikan saya mempunyai tahap permainan untuk bersaing di peringkat profesional dan keputusan untuk bergelar pemain profesional adalah tepat,” kata Zulaikah.

Jelajah Toyota akan mengembara ke Pulau Pinang bulan hadapan untuk saingan Piala Alphard pada 8 hingga 10 Oktober, iaitu hentian kelapan musim ni.

KEPUTUSAN

Lelaki (10 teratas)
200: Fakhrul Akmal 66-66-68;
209: Lee Chong Li 70-71-68;
210: Zurie Harun 70-72-68, Edven Ying 72-69-69, Ben Leong 69-69-72, Kim Leun Kwang 67-68-75;
211: Casper Loh 74-69-68, Daeng Abdul Rahman Abdul Aziz 69-72-70, Brandon Lai 69-69-73;
212: Ruhanraj Vinayagam 72-73-67, Zia Izzuddeen 69-73-70, Kemarol Baharin 71-70-71

Wanita (tiga teratas)
213: Zulaikah Nasser 73-69-71;
219: Geraldine Wong 73-73-73;
222: Michelle Koh 75-73-74

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI