fbpx

PMX fokus jadikan Malaysia negara mesra pelabur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir merasmikan Forum Invest Malaysia di Iskandar Putri, Johor hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan sejak mengambil alih tampuk kepimpinan negara, beliau memberi fokus kepada aspek pemantapan tatakelola, mudah cara perniagaan dan pembangunan bakat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara mesra pelabur.

Jelasnya, dalam konteks pembangunan bakat, beliau turut memaklumkan Malaysia telah membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI) untuk menyokong pembangunan industri dan teknologi yang semakin pesat di negara ini.

“Selaras dengan pembangunan Forest City sebagai Zon Kewangan Khas, saya menyeru para pelabur untuk memanfaatkan inisiatif ini dengan meneroka prospek pelaburan di Johor.

“Usaha ini juga adalah bukti komitmen Kerajaan dalam memastikan Johor terus menjadi penyumbang ekonomi negara,” jelasnya dalam satu hantaran terbaharu di media sosial Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar telah merasmikan Forum Invest Malaysia Iskandar bertemakan “Where Policy Meets Progress” di Iskandar Puteri, Johor hari ini.

Menyentuh mengenai dasar luar Malaysia, Anwar berkata, beliau menekankan bahawa Malaysia sebagai negara ekonomi terbuka, akan terus mengekalkan hubungan akrab dengan negara ASEAN.

“Saya juga mengulangi hasrat negara untuk menyertai BRICS bagi meneroka pasaran baharu untuk terus merancakkan ekonomi Malaysia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI