fbpx

Lesap RM10,000, rumah dipecah masuk dua lelaki warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

AMPANG – Polis menahan dua lelaki warga asing disyaki terbabit kes pecah rumah sebuah kediaman di Taman Bukit Indah, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun yang memaklumkan telah meninggalkan kediamannya dalam keadaan berkunci sekitar pukul 8 malam, 17 September lalu.

Katanya, pengadu yang pulang semula ke rumah pada pukul 2 pagi mendapati keadaan rumahnya berselerak.

“Turut hilang barang peribadi iaitu jam tangan, telefon bimbit, kamera, laptop, barangan kemas dan wang tunai di mana anggaran jumlah kerugian adalah RM10,000. Pengadu mengesyaki kediamannya telah dipecah masuk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya membuat tangkapan terhadap dua lelaki warga Myanmar yang juga penganggur kira-kira pukul 4.20 petang, Isnin lalu, sekitar daerah ini.

Tambah beliau, salah seorang daripada dua suspek berusia 31 dan 21 tahun itu positif methamphetamine dan mempunyai dua rekod lampau kesalahan dadah.

“Tahanan reman dibenarkan semalam tujuh hari bermula semalam sehingga 1 Oktober untuk disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI