fbpx

‘Suap’ penguat kuasa, 2 pekerja buruh warga asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan dua orang pekerja buruh warga asing disyaki memberi suapan kira-kira RM100 kepada anggota penguat kuasa.

Suapan itu adalah sebagai balasan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 20-an dipercayai telah menawarkan wang rasuah kira-kira RM100 kepada anggota penguat kuasa dalam satu pemeriksaan di sekitar Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.45 malam semalam.

“Dalam pemeriksaan itu, kedua-dua suspek telah menawarkan wang rasuah sebagai balasan agar tidak mengambil tindakan undang-undang berikutan salah seorang daripada mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Susulan itu, kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Pejabat SPRM Kuala Lumpur dan telah ditahan kira-kira pukul 2 pagi tadi selepas memberi keterangan,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI