fbpx

Agong titah semua mangsa banjir dibantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan pihak berkuasa terus menghulurkan segala bentuk bantuan yang diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda turut menitahkan semua pihak berkuasa berkaitan bersama-sama memikul tanggungjawab meringankan kesusahan dan beban mangsa banjir.

“Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa simpati kepada mangsa bencana banjir di beberapa negeri khususnya di Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor, Perak dan Selangor berikutan hujan lebat berterusan sejak Sabtu lalu.

“Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan agar mangsa-mangsa bencana banjir tabah mengharungi dugaan dan musibah yang telah menimpa mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Fadil berkata, Yang di-Pertuan Agong menasihati rakyat di kawasan rendah untuk sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta bersedia berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan segera jika diarahkan oleh pihak berkuasa.

Menurut beliau, baginda menitahkan supaya aspek norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) untuk membendung penularan wabak Covid-19 menjadi keutamaan di semua PPS dan diamalkan oleh semua petugas dan mangsa banjir. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI