fbpx

Nenek berambut panjang beri makan jambu sepanjang hilang 2 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang kanak-kanak Thai berusia enam tahun ditemui selamat di dalam sebuah guni baja tanpa mengalami sebarang kecederaan selepas hilang secara misteri selama 34 jam, lapor laman berita Thaiger semalam.

M Roi, mula dilaporkan hilang pada pukul 8 malam (waktu tempatan) pada 22 September lalu.

Keluarga, penduduk tempatan serta pasukan mencari dan menyelamat melancarkan misi mencarinya, namun gagal menemui sebarang petunjuk.

Kanak-kanak lelaki itu bagaimanapun ditemui kelmarin pada pukul 6 pagi (waktu tempatan), di dalam guni baja di sebuah bangsa milik penduduk.

Lokasi itu hanya terletak kira-kira 30 meter dari rumah neneknya.

Ketika ditanya kejadian yang dialami sepanjang kehilangannya, M Roi berkata, dia dihampiri seorang wanita tua pada waktu senja yang mempunyai muka berbentuk segi tiga.

Katanya, wanita tersebut mempunyai rambut dan kuku panjang, dan memperkenalkan dirinya sebagai Saengchan.

Tambah kanak-kanak itu, Saengchan memberinya kira-kira 30 biji jambu batu untuk dimakan walaupun dia tidak berasa lapar sama sekali.

Namun selepas memberitahu bahawa dia mahu pulang ke rumah, M Roi berkata, dia secara tiba-tiba berada di dalam guni baja dan ditemui penduduk. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI