fbpx

Utara Semenanjung diramal alami hujan lebat, ribut petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang tertumpu sekitar utara Semenanjung hingga ke malam nanti.

MetMalaysia dalam laporan cuaca di Facebook berkata, keadaaan tersebut dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis serta sebahagian besar kawasan Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Kulim.

Selain itu, di Pulau Pinang, ia tertumpu sekitar Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Hujan lebat serta ribut petir juga diramal berlaku di Perak (Hulu Perak dan Muallim) dan Hulu Selangor, Selangor,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI