fbpx

Malaysia mahu tiket awal ke Piala Asia B-20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD B-19 memasang impian untuk merakam kemenangan ke atas Tajikistan dalam aksi ketiga kelayakan Piala Asia B-20 malam ini - FAM

SKUAD bawah 19 (B-19) kebangsaan tekad untuk meletakkan sebelah kaki ke pusingan akhir Piala Asia B-20 2025 menjelang perlawanan ketiga menentang Tajikistan pada saingan kelayakan Kumpulan E di Stadium Republik, Dushanbe malam ini.

Pengurus skuad B-19, Datuk Joehari Mohd. Ayub berkata, barisan pemain enggan menoleh ke belakang dalam usaha memburu slot automatik dengan mengecewakan pasukan tuan rumah nanti.

Kata Joehari, dua keputusan positif bertemu negara pilihan seperti menang 1-0 ke atas Oman dan seri 0-0 dengan Korea Utara baru-baru ini menaikkan semangat pasukan untuk tampil lebih agresif.

“Pasukan negara ketika ini berada dalam momentum yang sangat baik selepas menang menentang Oman dan seri dengan Korea Utara. Saya anggap itu adalah empat mata penting melawan pasukan kuat dalam kumpulan kami.

“Prestasi pemain amat membanggakan dlm dua perlawanan awal. Mereka ikut taktikal yang direncanakan oleh jurulatih (Juan Torres Garrido) dengan sempurna.

“Pasukan juga tidak takut dengan kelebihan fizikal yang ada pada lawan serta berjuang demi nama Malaysia,” katanya.

Sebanyak 16 pasukan akan beraksi pada saingan Piala Asia B-20 2025 yang akan berlangsung di China pada Februari tahun depan.

10 juara kumpulan daripada aksi kelayakan kali ini meraih slot automatik, manakala lima negara yang muncul naib juara terbaik akan melengkapkan senarai pasukan selain tuan rumah, China.

Skuad remaja Harimau Malaya pernah menyertai kejohanan berprestij Asia itu sebanyak 23 kali dengan kali terakhir pada edisi 2018 di Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN