fbpx

Dua lelaki dicekup sedang rebus daun ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penagih dadah dicekup dalam operasi bersepadu antara AADK dan PDRM di Jeli lima hari lalu.

JELI – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jeli menahan dua lelaki ketika mereka sedang leka merebus daun ketum di dua buah rumah berasingan di Kuala Balah dan Batu Melintang di sini baru-baru ini.

Kedua-dua lelaki itu ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan oleh AADK dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar daerah ini lima hari lalu.

Ketua Pegawai AADK Jeli, Aris Fadzillah berkata, dalam operasi berkenaan, pihaknya menahan 43 orang termasuk dua suspek yang sedang memproses air ketum itu.

Menurutnya, semua suspek yang ditahan itu berusia antara 17 hingga 60 tahun.

“Kita turut merampas 15 biji pil kuda, syabu (1.2 gram) dan air ketum (3.3 liter).

“Selain itu, sebanyak dua kilogram daun ketum turut dirampas dalam serbuan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, AADK Jeli akan terus menjalankan operasi bersama PDRM dalam usaha mencegah aktiviti penagihan dadah di kawasan berkenaan.

Tambah Aris, pihaknya mengambil serius perkara itu yang dilihat boleh memberikan impak negatif kepada masyarakat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI