fbpx

Fizo sahkan bekas isteri, anak positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fizo sahkan bekas isteri dan anaknya disahkan positif sejak 2 Januari lalu.

PETALING JAYA – Bekas isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Karim dan anaknya, Wan Maryam, 2, disahkan positif Covid-19.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Perkongsian yang dimuat naik Mawar dalam Instagramnya.

Ketika dihubungi, Fizo memberitahu bekas isterinya, Mawar dan anaknya kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak 2 Januari lalu.

“Bila saya dimaklumkan bahawa kedua-duanya positif Covid-19, badan saya terus berasa lemah. Rasa nak terduduk kerana terkejut dengan berita tersebut.

“Setakat ini Mawar sahaja yang menunjukkan simptom iaitu batuk-batuk. Manakala Maryam pula tidak mengalami sebarang gejala,” katanya.

Selain Mawar dan Maryam, terdapat beberapa kontak rapat mereka turut disahkan positif termasuk seorang jurusolek yang pernah berhubung dengannya.

Menurut pelakon filem 7 Petala Cinta itu, dia telah melakukan ujian calitan Covid-19 kerana pernah berjumpa dengan anaknya sekitar seminggu lalu.

“Alhamdulillah keputusan yang diterima adalah negatif. Namun sebagai bapa, saya berasa sangat sedih apabila anak saya yang masih kecil disahkan positif terutama apabila melihat Maryam menaiki ambulan bersama ibunya.

“Saya tidak boleh berbuat apa-apa dan mendoakan yang terbaik kepada Allah SWT supaya kedua-duanya selamat. Sekarang ini pun setiap masa saya selalu membuat panggilan video dengan mereka,” ujar Fizo.

Ditanya tentang bagaimana Mawar dan Maryam dijangkiti wabak tersebut, Fizo berkata, dia tidak pasti tentang perkara tersebut.

“Perkara seperti ini jangan diambil mudah walaupun kita telah menjaga diri dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP). Kadang-kadang kita rasa seperti sudah menjaga SOP dengan sebaik-baiknya, namun kita alpa,” katanya.

Terdahulu, pemilik empayar jenama tudung Fareeda itu telah memuat naik sekeping foto bersama anaknya di InstaStory menaiki ambulan.

Pada masa sama, Mawar turut memohon semua pihak mendoakan kesihatan dia dan anaknya beserta kapsyen ‘fight Covid-19 together’ (bersama melawan Covid-19). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI