fbpx

Giliran utara pula dilanda hujan lebat hingga petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Beberapa kawasan sekitar utara Semenanjung dijangka berdepan cuaca buruk hingga pukul 4 petang hari ini.

Perkara itu dikongsikan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi laporan cuaca di Facebook.

Menurut MetMalaysia, antara kawasan terlibat adalah di Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap dan Sik) serta Perak (Hulu Perak).

Selain itu, hujan lebat serta ribut petir juga tertumpu di Melaka (Jasin) dan Johor (Tangkak, Muar dan Batu Pahat).

Terdahulu, MetMalaysia melaporkan sebahagian besar kawasan di Pantai Timur berdepan cuaca buruk pada sebelah pagi terutama di Pahang, Kelantan dan Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI