fbpx

LTAT agih pelbagai bantuan kepada 1,400 mangsa banjir di Kota Setar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LTAT dan anak kumpulan syarikatnya mengagihkan lebih 800 pek bantuan kepada mangsa banjir di Kota Setar, Kedah.

PETALING JAYA – Seramai 1,400 mangsa yang terjejas di lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Setar Kedah, Selasa lalu menerima pelbagai bantuan termasuk makanan dan keperluan asas kebersihan.

Bantuan tersebut diagihkan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bersama-sama kumpulan syarikat Boustead Plantation Berhad (BPlant), Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd. (BHPetrol) dan Pharmaniaga Berhad.

Tindakan kolektif ini menunjukkan komitmen LTAT dan kumpulan syarikatnya terhadap mereka yang terjejas akibat banjir sekali gus menyediakan sokongan kritikal kepada semua mangsa.

“Sebanyak lebih 800 pek keperluan telah diagihkan, termasuk makanan dan keperluan asas kebersihan, disesuaikan dengan keperluan segera keluarga yang dipindahkan.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 500 pek disumbangkan oleh BPlant ke enam lokasi PPS manakala 180 pek makanan diagihkan ke tiga lokasi PPS oleh BHPetrol,” kata LTAT dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, sebanyak 165 pek kebersihan asas pula disumbangkan oleh Pharmaniaga Berhad ke tiga lokasi PPS.

Ujarnya, usaha ini merupakan sebahagian daripada misi bantuan yang diselaraskan antara Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan PPS di Kota Setar, memastikan bantuan sampai kepada keluarga dengan selamat.

“Semua penerima bantuan kini ditempatkan di PPS yang ditetapkan, dipantau oleh pihak berkuasa tempatan dan profesional bagi memastikan keselamatan, serta kesejahteraan mereka terjaga.

“Pengagihan bantuan ini bukan sahaja memenuhi keperluan segera mangsa banjir, malah memperlihatkan kekuatan kerjasama seluruh kumpulan syarikat LTAT,” katanya.

Dalam pada itu, LTAT berkata, pergerakan pantas daripada pihaknya telah memberi kelegaan yang diperlukan sekali gus meringankan beban keluarga-keluarga mangsa banjir.

Katanya, LTAT kekal komited untuk terus memberi sokongan berterusan dan memainkan peranan aktif dalam menyumbang kepada masyarakat, selaras sepenuhnya dengan aspirasi ekonomi di bawah rangka kerja Madani. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI