fbpx

Suspek tular dera budak rumah amal GISBH tiba di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek berbaju merah ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen, hari ini.

KLANG – Seorang lelaki terlibat kes video tular penderaan terhadap kanak-kanak rumah amal GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) tiba di Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi.

Suspek yang berbaju merah tiba pada pukul 9.45 pagi dengan diiringi anggota polis.

Difahamkan, suspek akan berhadapan dengan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pada 16 September lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan berhubung rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai didera.

Susulan itu, polis telah mengesan kanak-kanak lelaki terbabit dalam kalangan mangsa yang berjaya diselamatkan sebelum ini setelah dipisahkan dengan bapanya sejak 2021.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi satu minit sembilan saat memaparkan seorang kanak-kanak lelaki didakwa didera itu tular di media sosial.

Dalam rakaman video itu, kanak-kanak lelaki terbabit dilihat mengerang kesakitan ketika disoal beberapa kali oleh seorang lelaki dewasa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI