fbpx

[VIDEO] ‘Saya pandang harimau, harimau pandang saya tidak bermaya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shima berkongsi pengalamannya ketika berkunjung ke Zoo Negara, baru-baru ini selain memberi teguran terhadap fasiliti serta keadaan di kawasan tersebut.

PETALING JAYA – Seorang pempengaruh meluahkan rasa kecewa terhadap pengurusan Zoo Negara apabila keadaan haiwan-haiwan di sana seolah-olah tidak dijaga dengan baik.

Menerusi luahan di TikTok, Shima Osman berkongsi pengalamannya bersama keluarga berkunjung ke Zoo Negara baru-baru ini.

Katanya, kebanyakan haiwan-haiwan yang ada kelihatan lemah, tidak aktif serta berbadan kurus.

“Saya punya keterujaan tidak boleh keluar sebab harimau yang saya lihat tidak bertenaga. Saya pandang dia (harimau), dia pandang saya tak bertenaga. Tak ada pun dengar ‘mengaum’ (suara). Jangan pula ada nak kata datang waktu pagi, harimau memang tak ceria, datang waktu malam baru harimau ceria.

“Kita ini sendiri boleh lihat binatang itu ceria atau tidak. Perut harimau pun kempis, tukang bagi makan dekat Zoo Negara besar lagi perutnya. Haiwan yang ada pun jalan macam sakit. Kawasan sekeliling pun seperti tidak terurus. Akuarium ikan pun air keruh, tak tahu apa yang ada,” katanya.

Shima atau lebih dikenali sebagai ‘misi viral’ turut meminta tindakan drastik oleh pengurusan serta pihak berkuasa yang lain untuk mempertimbangkan lokasi baharu Zoo Negara.

Pada pandangan wanita itu, lokasi Zoo Negara ketika ini sudah tidak sesuai disebabkan berada di tengah-tengah kawasan bandar yang pesat dengan pembangunan.

“Zoo Negara, ini masanya untuk cari tempat lain, pindah. Bukan apa, tidak sesuai dikelilingi oleh rumah-rumah taman, pusat beli belah, jalan raya yang padat dengan kenderaan.

“Binatang-binatang di sana berada dalam keadaan terkumpul pada satu ruang kecil, ruang mereka terhad untuk bergerak. Bayangkan anda (manusia) duduk sebegitu, bertahun-tahun. Tak tertekan?,” soalnya.

Selain itu, Shima turut meluahkan rasa kurang selesa apabila kebanyakan pekerja di Zoo Negara adalah warga asing yang sememangnya tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara di sana.

“Kita ni di Malaysia, Zoo Negara pun di Malaysia. Ini bila saya naik ‘buggy’, tukang pemandu sampaikan maklumat berkaitan zoo dalam bahasa Indonesia. Terkejut saya,” katanya.

Video yang dikongsikan Shima semalam, mendapat lebih 49,000 tontonan dalam masa 11 jam dan seramai 362 pengguna TikTok meninggalkan komen.

Rata-ratanya bersetuju dengan pandangan wanita itu dan mendesak supaya pihak berwajib mengambil langkah perubahan terhadap lokasi pelancongan terkenal berkenaan. – KOSMO! ONLINE

@shimaosmanmy BUKAN SAYA SAHAJA TETAPI RAMAI BERKATA DAN INGIN MELUAHKAN JUGA #zooNegaraMalaysia #kl #wheretogoinKL #sisviral #tiktokmalaysia #tiktokreviews ♬ original sound – Shima Osman

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI