fbpx

Hujan lebat landa Pantai Timur pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang pada sebelah pagi hari ini, lebih tertumpu di sekitar Pantai Timur.

Menerusi laporan cuaca yang dikongsikan di Facebook, antara kawasan terkesan adalah Kelantan (Bachok dan Pasir Puteh), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan).

Selain itu, di Perak turut berdepan cuaca buruk sama pagi ini melibatkan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

“Hujan lebat turut berlaku di Selangor (Kuala Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Port Dickson) dan seluruh Melaka.

“Bagi Johor pula, tertumpu di daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” kata MetMalaysia.

Bagaimanapun, MetMalaysia menjangkakan keadaan tersebut akan beransur reda dalam tempoh terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI