fbpx

Siti Saleha dijulang Bintang Asia Terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DRAMA SeOfis menjulang nama Siti Saleha sebagai Bintang Asia Terbaik pada majlis Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 semalam.

PETALING JAYA – Hasil lakonan hebat dalam drama SeOfis, pelakon Siti Saleha dinobatkan sebagai pemenang trofi Bintang Asia Terbaik pada majlis Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 semalam.

Menurut pemilik nama penuh Siti Saleha Mohd Baharum, 34, kemenangan tersebut bukan sahaja menjadi momen indahnya seorang tetapi satu pencapaian istimewa buat tanah air sendiri.

“Anugerah ini adalah milik kita Malaysia,” katanya ringkas dalam Instagram.

Sementara itu, dalam ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menzahirkan ucapan tahniah selain berbangga dengan pencapaian yang mengharumkan nama negara itu.

“Tahniah Saleha! Malaysia bangga dengan awak.

“Alhamdulillah, Saleha dan Malaysia mendunia di bumi Korea!” komen netizen bangga.

Untuk rekod, Saleha dicalonkan dalam kategori Bintang Asia Terbaik menerusi drama siri asal berjudul SeOfis yang disiarkan dalam platform digital Tonton.

Menerusi kategori tersebut, aktres berkenaan berjaya menewaskan lima lagi pesaing termasuk barisan pelakon dari Korea Selatan, Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI