fbpx

Mayat terapung di rumah pam hilang sejak dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat K. Saravanan ditemui di Rumah Pam Taman Chai Leng, Perai semalam.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki yang mayatnya ditemui terapung di Rumah Pam Taman Chai Leng, Sungai Derhaka, Perai di sini semalam dilaporkan hilang sejak dua hari sebelum mayatnya dijumpai.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, mangsa, K. Saravanan, 29, dikatakan keluar dari rumah sejak kira-kira dua hari sebelum mayat dijumpai.

“Adik mangsa yang membuat pengecaman mayat memaklumkan lelaki yang bekerja sebagai operator itu keluar kira-kira pukul 1 petang pada Sabtu dengan motosikal.

“Manakala, hasil bedah siasat di Hospital Seberang Jaya mendapati mangsa mati akibat lemas dan tiada sebarang unsur jenayah ditemui,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Shafee, mayat tersebut ditemui dalam keadaan sudah membengkak dan hanya memakai seluar dalam berwarna hitam.

Kosmo! Online semalam melaporkan bomba membantu mengangkat mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di Rumah Pam Taman Chai Leng kira-kira pukul 5.20 petang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI