fbpx

Kejuaraan Kelab ASEAN: TFC kempunan diikat kelab Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang TFC, Ismaheel Akinade (dua dari kanan kanan) diasak pemain pasukan Dong A Thanh Hoa pada aksi kumpulan A ACC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak, Kuala Nerus malam ini.

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) mensia-siakan peluang untuk meraih kemenangan sulung dalam Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) apabila gagal mempertahanan kelebihan dua gol dengan seri 2-2 dengan Dong A Thanh Hoa FC di laman sendiri, sebentar tadi.

Keputuan itu menyukarkan peluang skuad Sang Penyu untuk meneruskan kemaraan dalam kejohanan terbabit.

Pemain sayap TFC, Akhyar Rashid membuka tirai jaringan apabila bijak melepasi kawalan dua pertahanan lawan dan melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti pada minit ke-20.

Tuan rumah menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-41 menerusi pemain tengah, Manuel Ott yang menolak masuk bola umpanan Azam Azmi Murad dari sebelah kanan.

Memasuki masa tambahan babak pertama, Thanh Hoa FC mengurangkan defisit gol setelah bola sepakan percuma Luis Antonio Suares yang berjaya mengelirukan Mohd. Suhaimi Hussin.

Pelawat mengambil kesempatan menyamakan kedudukan setelah bek tengah TFC, Ubaidullah Shamsul Fazili (m-52) tertolak bola masuk ke gawang sendiri berpunca tandukan Gustavo Santos.

TFC terus kempunan apabila sepakan bebas Marin Pilj minit ke-74 terkena tiang disusuli percubaan Ubaidullah pada minit ke-76 dikeluarkan di atas garisan gol oleh pemain lawan.

Ketumpulan penyudah menyaksikan TFC terpaksa berpuas hati sekadar meraih satu mata daripada dua perlawanan.

Lain-lain keputusan Kumpulan A menyaksikan BG Pathum United menang 2-1 ke atas Svay Rieng FC manakala PKM Makassar mengalahkan Shan United, 4-3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI