fbpx

Wanita lemas di Tasik YDP Slim River

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA yang lemas di Tasik YDP Slim River, Tanjung Malim ditemui bomba pada pukul 7.05 malam tadi. Foto IHSAN JBPM

TANJUNG MALIM – Seorang wanita berumur 54 tahun ditemui lemas di Tasik YDP Slim River di sini kira-kira pukul 7.05 malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sebelum penemuan mangsa, orang awam telah menjumpai selipar mangsa di tepi tasik.

“Bomba yang tiba dilokasi kejadian telah memulakan pencarian di kawasan sekitar tasik sebelum menjumpai mangsa menggunakan teknik surface searching. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI