fbpx

Suami isteri ditahan dera anak tiga tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANAK-KANAK lelaki berusia tiga tahun yang dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang kerana dipercayai didera.

KLUANG – Sepasang suami isteri ditangkap selepas dipercayai mendera anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun selepas pihak polis menerima maklumat daripada Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, penahanan ke atas pasangan suami isteri berusia dalam lingkungan 20-an itu dibuat kira-kira pukul 1.50 pagi hari ini di pekarangan hospital tersebut.

Katanya, sebelum itu pihaknya menerima laporan daripada seorang doktor yang bertugas di Wad Kecemasan HEBHK pada pukul 9.50 malam semalam.

“Berdasarkan maklumat itu, pihak hospital menerima pesakit kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dengan kesan kecederaan di beberapa bahagian badan dipercayai didera.

“Semakan mendapati pasangan warga tempatan itu tidak mempunyai rekod jenayah dan ujian saringan air kencing juga didapati negatif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001. Pasangan suami isteri itu direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI