fbpx

Suspek tular dera kanak-kanak rumah amal GISBH didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular kanak-kanak penghuni rumah amal didera sebelum diserbu polis menerusi Op Global, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berkait dengan kes video tular penderaan terhadap kanak-kanak rumah amal GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) akan didakwa di Mahkamah Sesyen Klang, Selangor.

Bukit Aman menerusi jemputan media memaklumkan, proses pendakwaan akan dilakukan sekitar pukul 8.45 pagi mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, esok.

16 September lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan berhubung rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai didera.

Susulan itu, polis telah mengesan kanak-kanak lelaki terbabit dalam kalangan mangsa yang berjaya diselamatkan sebelum ini yang dipisahkan dengan bapanya sejak 2021.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi satu minit sembilan saat memaparkan seorang kanak-kanak lelaki didakwa didera itu tular di media sosial, baru-baru ini.

Dalam rakaman video itu, kanak-kanak lelaki terbabit dilihat mengerang kesakitan ketika disoal beberapa kali oleh seorang lelaki dewasa.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI