fbpx

Empat kakitangan KKM, juruterbang selamat helikopter mendarat cemas di tebing sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan sebuah helikopter milik Layang Layang Aerospace Sdn Bhd dilaporkan membuat pendaratan cemas di tebing sebuah sungai terpencil di Penampang tengah hari tadi.

KOTA KINABALU – Sebuah helikopter milik Layang Layang Aerospace Sdn. Bhd. dilaporkan membuat pendaratan cemas di tebing sebuah sungai terpencil di Penampang tengah hari tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 12 tengah hari itu, helikopter jenis Bell 206B JetRanger berkenaan dipercayai menghadapi masalah teknikal sebelum melakukan pendaratan cemas.

Bagaimanapun, kesemua kakitangan KKM terlibat dan juruterbang pesawat dilaporkan selamat selepas juruterbang mengesan isyarat amaran dalam sistem pesawat sebelum melakukan pendaratan.

Pengerusi Sabah Air Aviations, Datuk Kenny Chua, berkata sejurus amaran daripada sistem pesawat diterima, helikopter itu terpaksa melakukan pendaratan cemas dan berjaya mendarat dengan selamat di Kampung Buayan, Penampang.

“Selepas itu, sebuah helikopter lain bersama seorang jurutera dan dua juruteknik dihantar pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari

“Namun dalam masa yang sama, helikopter Sabah Air yang dalam penerbangan ke Tawau untuk misi perubatan menerima panggilan kecemasan daripada juruterbang helikopter yang terkandas di Kampung Buayan terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyatakan pasukan yang tiba ke lokasi helikopter terkandas berjaya membaiki pesawat terbabit di Kampung Buayan, Penampang sebelum kedua-dua helikopter berjaya terbang semula ke Tanjung Aru bersama kakitangan KKM pada pukul 2 petang.

Sementara itu, Pengurus Besar Layang Layang Group, Kapten Shahdon Poong dalam satu kenyataan berkata, sewaktu kejadian helikopter terbabit sedang dalam penerbangan rutin untuk Perkhidmatan Doktor Udara dari Kota Kinabalu ke Kampung Saliliran, Nabawan.

Katanya, pendaratan cemas dilakukan selepas satu daripada tolok parameter enjin helikopter menunjukkan penurunan bacaan secara beransur-ansur.

“Sebagai tindak balas, juruterbang bertindak segera mengikut prosedur kecemasan dan melaksanakan ‘autorotation manoeuvre’, sebelum berjaya mendaratkan helikopter di kawasan terbuka yang selamat sepanjang tebing sungai di Kampung Buayan, Penampang.

“Sejurus mendarat, juruterbang mematikan pesawat dan meminta bantuan daripada Sabah Air Aviation sebelum sebuah helikopter dihantar untuk mengambil kakitangan KKM balik ke Kota Kinabalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI