fbpx

MBO U8 tempat kenangan bercinta sudah tiada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBO Space U8. - Gambar hiasan.

PETALING JAYA – “Selamat tinggal MBO Space U8, banyak kenangan terindah,” demikian tulis @Xavier Naxa di aplikasi X bagi meluahkan rasa sedihnya di atas berita penutupan panggung wayang itu.

“Berapa ramai mempunyai kenangan di MBO Space U8?,” tanya @Xavier Naxa.

MBO menerusi satu kenyataan mengumumkan hari terakhir operasi MBO Space U8 adalah pada 29 September 2024.

“Dengan berat hati, kami mengumumkan hari terakhir operasi MBO Space U8 adalah 29 September 2024.

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan berterusan daripada anda.

“Kami amat mengalu-alukan pelanggan yang dihargai untuk berkunjung ke cawangan terdekat di MBO Harbour Place dan MBO Quayside Mall untuk terus menikmati filem kegemaran anda dengan MBO Cinemas,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen orang ramai rata-rata mengimbau kembali kenangan ketika berkunjung ke situ.

“Sedihnya, zaman politeknik rajin datang sini,” tulis justme.

“Masa belajar UiTM selalu tengok wayang kat sini,” komen xrantarox farid.

“Pernah datang dua kali tengok wayang kat sini. ‘Best’ sebab tak ada orang. Dah la dekat dengan rumah. Alaa ‘bye-bye’ Space U8.

“’Spot’ wajib tengok wayang selepas balik kerja,” komen Maryam.

Bagi @E.A pula, MBO Space U8 menyimpan kenangan percintaannya bersama kekasih suatu ketika dahulu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI