fbpx

Pengarah syarikat didakwa salah guna wang Penjana Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chin Eng (kanan) ketika hadir di Mahkamah Butterworth, hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Butterworth, sini hari ini atas dua pertuduhan menyalahgunakan wang insentif Program Penjana Kerjaya (Penjana) berjumlah RM32,000.

Bagaimanapun, tertuduh, Koay Chin Eng,62, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, Chin Eng didakwa dengan curangnya menyalahgunakan harta milik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk dirinya sendiri, iaitu wang sebanyak RM21,500 yang merupakan wang bantuan Penjana Kerjaya 2.0.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa dengan curangnya menyalahgunakan harta milik Perkeso untuk diri sendiri, iaitu wang sebanyak RM10,500 yang merupakan wang bantuan Penjana Kerjaya 3.0.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah cawangan bank di Sungai Bakap, pada 2 dan 24 Februari 2022.

Hakim Zulhazmi menetapkan wang jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan terhadap tertuduh dan tertuduh perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Tertuduh juga dikehendaki melaporkan diri sebulan sekali di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berdekatan. Kes ditangguh sehingga 8 November depan untuk sebutan semula kes. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI