fbpx

5 dicekup menyamar Brad Pitt, tipu 2 wanita RM1.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan Brad Pitt menghadiri tayangan perdana filem Wolfs di California pada 18 September lalu. - AFP

BARCELONA – Polis Sepanyol menahan lima individu yang dituduh menipu dua wanita sebanyak €325,000 (RM1.5 juta) dengan berpura-pura menjadi bintang Hollywood terkenal, Brad Pitt di internet, lapor saluran berita CNN semalam.

Sepuluh individu lain turut disiasat sebagai sebahagian daripada Operasi Bralina yang merangkumi lapan wilayah, demikian menurut satu kenyataan polis Guardia Civil.

Seorang wanita kerugian €175,000 (RM810,000), manakala seorang lagi turut kehilangan sebanyak €150,000 (RM690,000). 

Daripada jumlah itu, polis berjaya mendapatkan semula €85,000 (RM390,000).

Kedua-dua mangsa dihubungi melalui laman peminat Pitt dan diyakinkan oleh penipu tersebut bahawa aktor itu mahu melabur dalam pelbagai projek bersama mereka, kata polis.

Kedua-dua mangsa telah membuat banyak pindahan wang menerusi bank kepada lelaki yang disangka Pitt itu sehingga mereka menyedari telah ditipu sebelum membuat laporan polis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI