fbpx

Wanita lawat 42 bandar dengan kos RM12,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Xinxin mengembara ke 42 bandar termasuk di China, Russia, Thailand dan Indonesia dengan perbelanjaan yang murah. - Douyin

BEIJING – Seorang wanita di China mengundang perhatian pengguna media sosial kerana melancong ke 42 buah bandar di dalam dan luar negara dengan perbelanjaan hanya 20,000 yuan (RM12,000), lapor akhbar South China Morning Post. 

Wanita dikenali sebagai Xinxin, 25, yang berasal dari wilayah Jiangxi berkongsi trend pengembaraan digelar ‘iron butt’ di platform Douyin pada tahun lalu. 

Trend tersebut sering dilakukan oleh generasi muda yang mencari tiket murah dan sanggup menghabiskan banyak masa di jalanan dengan menggunakan pengangkutan darat ekoran kekangan bajet. 

Meskipun belum mendapat pekerjaan tetap, Xinxin telah meneroka 42 bandar termasuk di Tanah Besar China, Russia, Thailand dan Indonesia. 

Menurut Xinxin, dia memburu harga tiket penerbangan dan kereta api paling murah sebelum memulakan perjalanan sebagai langkah penjimatan. 

“Ramai orang berpandangan bahawa melancong memerlukan kos yang tinggi. Apa yang penting sebenarnya adalah persiapan untuk perjalanan. 

“Sebelum setiap perjalanan, saya akan mengira kos pengangkutan dan penginapan dengan teliti serta memfokuskan faedah tersembunyi yang boleh diperoleh daripada platform perjalanan,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI