fbpx

86 keracunan makanan, seorang murid pendidikan khas masuk wad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 86 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor di sini dilaporkan mengalami muntah dan cirit-birit akibat keracunan makanan semalam.

IPOH – Seramai 86 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor di sini dilaporkan mengalami muntah dan cirit-birit akibat keracunan makanan semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, beliau difahamkan kejadian itu berlaku pada pukul 10.50 pagi melibatkan murid-murid sesi persekolahan pagi dan petang.

Tambahnya, beberapa murid yang terjejas itu menunjukkan gejala penyakit seperti muntah, cirit-birit serta sakit kepala dan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan klinik swasta.

Jelasnya, beliau juga difahamkan bahawa seorang daripada murid terbabit adalah murid pendidikan khas yang telah ditahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk pemantauan.

“Saya dapat makluman pada pukul 11 tadi (hari ini), pihak Pejabat Kesihatan telah datang untuk membuat pemeriksaan termasuk mengambil sampel,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Politeknik Ungku Omar (PUO) Open Day and Food Festival 2024 di sini hari ini.

Katanya lagi, berdasarkan laporan ada beberapa makanan dikhuatiri tercemar namun menyerahkan siasatan lanjut kepada pihak kesihatan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI