fbpx

Peruntukan RM500,000 lebar Jalan Mersing atasi masalah trafik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD MASLAN (dua dari kanan) menunjukkan rangka kerja pembesaran jalan di Jalan Batu Pahat - Mersing di Kluang hari ini.

KLUANG – Pelebaran jalan di tapak bekas pagar landasan keretapi berhampiran Jalan Stesen dan Jalan Ismail bakal menyelesaikan kesesakan trafik di Jalan Mersing.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pelaksanaan kerja pelebaran jalan yang menelan belanja RM500,000 itu akan bermula awal Oktober ini dan dijangka siap kira-kira dua bulan.

Katanya, kelulusan peruntukan kerja ini sudah pun diluluskan awal September lalu namun kerja-kerja pelebaran jalan tidak dilakukan pada masa ini bagi mengelakkan kesesakan bertambah teruk berikutan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang sedang berjalan.

“Sebagai maklumat, semua projek-projek yang telah dan akan dilaksanakan di Kluang ini telah pun diluluskan sebelum berlakunya pilihan raya lagi,” katanya kepada pemberita hari ini selepas tinjauan projek pembesaran jalan di Jalan Batu Pahat – Mersing, Kluang hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI