fbpx

Tun Musa Hitam dilantik Menteri Darjah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musa Hitam

PUTRAJAYA- Tun Musa Hitam dilantik sebagai Menteri Darjah (Chancellor) yang baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia berkuat kuasa 13 September lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Katanya, pelantikan itu untuk tempoh tiga tahun sehingga 12 September 2027.

“Pelantikan ini selari dengan keperluan yang dinyatakan di dalam Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia.

“Ini bagi memastikan urusan menandatangani watikah-watikah kurniaan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota di bawah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan berjalan lancar,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI