fbpx

Tiada lagi kompromi penyewa Mara culas – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video Pengerusi Mara melawat Plaza Mara di bandar Kluang, Johor dan mendapati banyak lot tidak beroperasi.

PETALING JAYA – Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak akan berkompromi lagi dengan mana-mana penyewa premisnya yang didapati culas dan tidak amanah.

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau telah meminta semua Pengarah Mara negeri dan daerah untuk mengambil tindakan segera terhadap penyewa terlibat.

Katanya, beliau menerima banyak keluhan, keresahan dan maklum balas orang ramai berkenaan premis perniagaan Mara di seluruh negara yang sendu, suram dan tidak bermaya.

“Tiga bulan lepas saya sudah buat kenyataan untuk semua Mara negeri dan daerah mengeluarkan notis kepada penyewa yang didapati melanggar syarat kontrak termasuk tidak membuka kedai, menjadikan lot yang disewa murah sebagai stor.

“Perbuatan ini hingga menyebabkan premis-premis perniagaan Mara seperti Arked, Plaza Mara dan lain-lain dilihat sendu, suram dan tidak bermaya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, beliau sendiri hari ini melawat Plaza Mara di bandar Kluang, Johor dan mendapati banyak lot ditutup dan keadaan bangunan suram hingga dilihat tidak menarik kepada masyarakat.

Justeru, katanya, beliau akan menjadikan agenda mewajahkan kembali premis-premis perniagaan Mara sebagai keutamaan.

“Bukan sahaja memastikan imej baharu yang segar dan menarik, tetapi juga buka peluang kepada usahawan-usahawan baharu yang mahu menapak dan membangunkan perniagaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI