fbpx

[KEMASKINI] Adik ditahan bunuh, bakar abang kandung di Sitiawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUMAH teres setingkat di mana kejadian bunuh dan bakar berlaku di Sitiawan, awal pagi tadi.

LUMUT – Seorang lelaki tergamak membunuh abangnya sebelum membakar kawasan ruang tamu tempat mangsa ditemui, di sebuah rumah di sebuah taman perumahan di Sitiawan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman, berkata polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian kebakaran rumah tersebut pada pukul 2.39 pagi.

Menurutnya, pasukan bomba dan penyelamat telah mengawal kebakaran yang berpusat di ruang tamu rumah tersebut dan pemeriksaan menemui mayat lelaki yang berusia 46 tahun itu dalam keadaan rentung dan tertiarap di situ.

“Siasatan mendapati terdapat seorang saksi melihat suspek lelaki dikenali telah masuk ke dalam rumah dan terdengar bunyi hentakan di ruang tamu.

“Kemudian, suspek dilihat keluar dari rumah dan kembali semula dengan membawa dua bekas mengandungi cecair disyaki petrol dan meninggalkan rumah tersebut sebelum saksi menyedari berlaku kebakaran,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, polis berjaya menahan suspek berusia 39 tahun berhampiran tempat kejadian dan direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Jelasnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu agar menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Azalan Ab. Karim di talian 019-3927837 atau menerusi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-6886222.

Pagi tadi, media melaporkan eorang lelaki rentung apabila sebuah rumah teres setingkat dihuni lapan orang terbakar dalam kebakaran awal pagi tadi di Taman Muhibbah 2, Sitiawan dekat sini.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Khairul Ridzuan Muhamad Taib, 46, gagal menyelamatkan diri dalam kejadian kira-kira pukul 2.38 pagi itu.

Sementara, tujuh lagi ahli keluarganya yang berada dalam rumah tersebut berjaya menyelamatkan diri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI