fbpx

Fahmi tidak jelaskan punca penamatan perkhidmatan KP JKOM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi bercakap pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAPA

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil enggan mengulas lanjut punca penamatan kontrak Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Dr. Mohd. Khairuddin Othman.

Beliau bagaimanapun, hanya menjelaskan penamatan Mohd. Khairuddin itu adalah perkara biasa dan dibuat mengikut proses sedia ada.

“Tak,” jawabnya ringkas apabila ditanya punca penamatan kontrak Mohd. Khairuddin.

Selain itu, Fahmi menjelaskan jawatan itu kini dipangku, namun tidak menjelaskan lanjut mengenai perkara itu.

Media semalam melaporkan, jawatan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd. Khairuddin sebagai Ketua Pengarah Jabatan JKOM sudah ditamatkan.

Mohd. Khairuddin yang juga Setiausaha PKR Selangor dilantik sebagai Ketua Pengarah JKOM bermula 1 Mac lalu bagi mengisi kekosongan jawatan yang sebelum itu disandang Prof Datuk Dr. Mohammad Agus Yusof.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI