fbpx

‘Modal’ tak ada tangan, kaki pengemis warga China raih RM10,000 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA pengemis OKU warga China yang dikesan meminta sedekah di sekitar Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Sikap pemurah rakyat tempatan dipercayai antara punca sindiket pengemis warga asing mengambil kesempatan dengan melakukan aktiviti mengemis di pasar-pasar malam sekitar bandar raya ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, bermodal kekurangan fizikal seperti tiada tangan atau kaki, seorang pengemis mampu memperoleh sehingga RM10,000 sebulan.

Katanya, perkara itu terbongkar setelah pihaknya berjaya menahan seramai empat pengemis orang kurang upaya (OKU) menerusi Ops Serkap yang dijalankan, kelmarin dan semalam.

“Sikap pemurah rakyat Malaysia menyebabkan mereka lebih agresif meminta wang. Hanya bermodalkan kekurangan fizikal serta cacat anggota, pengemis warga asing ini mampu meraih pendapatan sehingga RM10,000 sebulan.

“Kegiatan mereka ini dipercayai diatur satu sindiket dan dilakukan secara berkumpulan selain sering berpindah randah. Semasa operasi dilakukan, terdapat cubaan melarikan diri ke Ipoh, Perak dengan menaiki bas,” katanya.

Tambah Mohd. Rusdi, kesemuaditahan itu berusia antara 36 hingga 67 tahun dan turut dirampas adalah wang tunai berjumlah lebih RM9,000 yang dipercayai merupakan hasil mengemis.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI