fbpx

Harimau Malaya ‘uji’ India sebelum Piala ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harimau Malaya masih segar dengan kejayaan menjuarai Pestabola Merdeka pada awal bulan ini.

SKUAD Harimau Malaya mendapat tonik terbaik sebelum mengharungi Piala ASEAN 2024 apabila bakal menguji India pada aksi persahabatan antarabangsa di tempat lawan pada 19 November depan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), skuad kebangsaan kendalian Pau Marti Vincente akan bertandang ke bumi India buat kali pertama dalam tempoh 13 tahun.

“FAM ingin mengesahkan bahawa skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti akan menentang India pada 19 November di tempat lawan.

“Venue dan waktu sepak mula perlawanan akan dimaklumkan selepas ia dimuktamadkan oleh pihak tuan rumah iaitu Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF),” menurut kenyataan tersebut.

Berdasarkan kemas kini ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 19 September lepas, India kini berada di kedudukan ke-126 dunia berbanding Malaysia di tempat ke-132 dunia.

Kali terakhir Malaysia bertemu India pada 13 Oktober 2023 untuk perlawanan Pestabola Merdeka 2023 yang mana skuad Harimau Malaya mencatat kemenangan 4-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Harimau Malaya turut pernah bertandang ke India bagi dua siri persahabatan menentang negara tersebut pada 2011 dengan meraih keputusan seri 1-1 dalam aksi pertama di Guwahati dan tewas 3-2 untuk perlawanan kedua di Kolkata.

Sementara itu, FAM turut mengesahkan pihaknya masih lagi mencari satu lagi perlawanan ujian dalam kalendar FIFA bulan November yang dibuka pada 11 hingga 19 November 2024.

Skuad negara terlebih dahulu akan mengharungi perlawanan antarabangsa menentang New Zealand di Auckland pada Oktober depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI