fbpx

Daddy sentiasa menyayangi kamu berdua – Fattah Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATTAH memuatkan foto isteri dan anaknya dalam Instagram selepas selesai sebutan kes permohonan cerai hari ini.

PETALING JAYA – Meskipun isteri nekad meneruskan perceraian, pelakon Fattah Amin memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan keluarga kecilnya yang ditimpa ujian.

Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, memuat naik gambar yang dipercayai dirakam sebelum kemelut rumah tangganya tercetus dalam Instagram.

“Doakan yang baik- baik buat kami.

“Apa-apa pun jadi Daddy akan sentiasa menyayangi kamu berdua,” tulis suami kepada pelakon terkenal Nur Fazura itu sambil meletakkan tanda pagar #lastpicturetaken.

Pagi tadi, pelakon drama Playboy Itu Suami Aku itu dalam sebutan kes permohonan cerai di mahkamah hari ini tidak bersetuju melepaskan isterinya, selain mengakui masih menyayangi wanita itu.

Mahkamah kemudian menangguhkan kes perceraian pasangan selebriti terbabit ke tarikh baharu iaitu pada 7 Oktober ini.

Isu keretakan rumah tangga mereka menjadi topik hangat dalam media sosial apabila dikatakan tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran dalam akaun masing-masing.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dengan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI