fbpx

Hujan lebat hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hampir keseluruhan kawasan di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan lebat serta ribut petir sehingga pukul 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, di Perlis ia melibatkan keseluruhan negeri Perlis, manakala di Kedah ia melibatkan daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling.

Di Perak, ia melibatkan kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Sementara itu, di Kelantan antara kawasan terjejas termasuklah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Bagi Terengganu, ia melibatkan kawasan Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

“Keadaan sama akan berlaku di Pahang  iaitu sekitar kawasan Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin,

Jelas MetMalaysia, cuaca buruk itu juga turut melanda keseluruhan negeri Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya serta Johor.

“Bagi Negeri Sembilan pula ia melibatkan daerah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau. Manakala di Sarawak ia melibatkan kawasan Sri Aman, Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Untuk Sabah pula, keadaan cuaca tersebut akan berlaku di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Tawau (Lahad Datu) dan Wilayah Persekutuan Labuan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI