fbpx

Jeffrey Kitingan disahkan positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jeffrey Kitingan kini berada di HQE bagi mendapatkan rawatan selepaz disahkan positif Covid-19.

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan disahkan positif Covid-19.

Setiausaha Politik beliau, Arlinsia Agang, memaklumkan Jeffrey positif selepas menjalani ujian saringan, semalam.

Beliau turut memberitahu Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah kini sedang menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

“Beliau menjalani ujian saringan Covid-19 semalam (Ahad) dan keputusan menunjukkan beliau positif virus terbabit.

“Bagaimanapun, beliau kini menjalani rawatan di HQE dan berada dalam keadaan stabil,” katanya menerusi kenyataan sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Arlinsia berkata, walaupun sedang ditahan di hospital, Presiden Parti Silidariti Tanah Airku (STAR) itu masih menjalankan tugas selaku Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah ketika ini.

“Beliau menjalankan tugas menerusi persidangan video dan aplikasi digital.

“Sementara itu, beliau meminta semua bertenang selain mendoakan agar Sabah dapat bebas daripada wabak Covid-19,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI