fbpx

Suspek turunkan Jalur Gemilang dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razaruddin.

KUALA LUMPUR – Polis sudah mengenal pasti suspek disyaki berkait dengan penularan video memaparkan Jalur Gemilang diturunkan sebelum diganti dengan bendera Sabah dan Sarawak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek lelaki berusia kira-kira 37 tahun itu didapati telah keluar dari tanah air Oktober 2016 lalu.

“Bagaimanapun, suspek tiada rekod masuk selepas itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya turut menyiasat satu pertubuhan bukan kerajaan, Republic of Sabah North Borneo (RSNB).

“Semakan melalui Open Source Intelligence (OSINT) mendapati ia didaftarkan di Australia, kita masih tunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS),” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi lapan minit 13 saat yang memaparkan tindakan sekumpulan individu menurunkan Jalur Gemilang sebelum menaikkan bendera Sabah dan Sarawak pada paras separuh tiang di hadapan bangunan Parlimen di Victoria, Melbourne.

Susulan itu, polis menerima 35 laporan berkait penyebaran video itu, dengan 34 daripadanya di Sabah dan satu lagi di Kuala Lumpur.

Hasil siasatan awal mendapati insiden itu berlaku di Melbourne, Australia, 16 September lalu.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI