fbpx

Lelaki mengaku pukul isteri dengan bongkah kayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan memukul isterinya dengan bongkah kayu di Bahau, Jempol, hujung minggu lalu.

KUALA PILAH – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan memukul isterinya dengan bongkah kayu di Bahau, Jempol, hujung minggu lalu.

Tertuduh, M Vikneswaran, 36 membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera kepada isterinya dengan memukulnya menggunakan sebuah bongkah kayu ukiran gajah.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 22 September lalu kira-kira pukul 9.30 pagi di sebuah rumah di Mahsan, Bahau.

Tiada jaminan diberikan kepada tertuduh dan sebutan semula kes ditetapkan pada pada 29 Oktober ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI