fbpx

Mahkamah tolak bon bebas 22 wanita GISBH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
22 wanita disyaki ahli GISBH yang dibawa untuk prosiding reman di Mahkamah Majistret Shah Alam. FOTO: AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Permohonan bebas dengan bon terhadap 22 wanita dipercayai ahli GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) ditolak Mahkamah Majistret hari ini.

Penolakkan itu dibuat Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah dalam prosiding reman yang berlangsung hari ini.

Kesemua mereka kemudiannya difahamkan dibawa ke Lokap Berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Terdahulu, suspek-suspek tersebut yang memakai baju lokap jingga dan ungu tiba di mahkamah kira-kira pukul 10 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI