fbpx

Fazura akan saman penyebar fitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazura ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari hari ini.

SHAH ALAM – Peguam syarie yang mewakili Fazura, menafikan isu curang menjadi punca anak guamnya memfailkan perceraian terhadap suaminya, pelakon Fattah Amin.

Kata Fakhrul Azman Abu Hassan, selepas permohonan cerai dibuat Fazura dan Fattah tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Malah dalam permohonan cerai yang dibuat tiada langsung menyebut isu berkaitan curang,” kata peguam itu.

Menurut Fakhrul, isu curang yang disensasikan hingga tular di media sosial tidak pernah dikeluarkan oleh kedua-dua pihak sebelum ini.

Justeru, menurut peguam syarie itu, Fazura akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang didakwa menyebarkan fitnah berikutan tindakannya membuat permohonan cerai terhadap suaminya, Fattah Amin.

Fakhrul Azman, berkata anak guamnya terkilan dengan kenyataan fitnah dan mereka selain telah mengenal pasti pihak-pihak yang terlibat.

“Susulan itu, kita akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) termasuk saman sivil, secepat mungkin. Kita telah mengenal pasti beberapa individu terbabit,” katanya, selepas prosiding sebutan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari di sini hari ini.

Ujar peguam itu, anak guamnya tidak pernah membuat sebarang kenyataan mengenai konflik rumah tangga di mana-mana media sosial.

Katanya, Fazura juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai isu curang sebaliknya, diutarakan oleh beberapa individu yang membuat ulasan dalam media sosial.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI