PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga pukul 1 tengah hari ini.
MetMalaysia memaklumkan, tiga negeri tersebut adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sarawak di Sri Aman, Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) dan Bintulu dan Sabah di Sandakan (Beluran) dan Kudat (Pitas dan Kudat).
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam)yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE