fbpx

Giliran pengusaha homestay pula bersuara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – “Kami pengusaha ‘homestay’ (inap desa) perlukan masa dua ke tiga jam untuk kemas betul-betul. Lagi sakit kalau ‘guest’ (tetamu) keluar tinggalkan rumah yang sangat bersepah.”

Itu antara luahan seorang wanita tentang rungutan orang ramai yang tidak puas hati terhadap waktu daftar masuk dan keluar di inap desa dan hotel tempatan.

Berdasarkan tangkap layar komen pengusaha itu dalam satu hantaran, dia memaklumkan berdasarkan pengalamannya, proses mengemas tidak sempurna jika dibuat dalam waktu singkat.

Perkongsiannya itu namun mendapat pertikaikan dalam kalangan pengguna lain, malah ada yang meminta orang ramai memboikot ‘homestay’ pengusaha berkenaan.

Pengusaha itu meluahkan, orang ramai tidak akan faham situasi sebenar selagi mereka tidak merasai pengalaman menjalankan perkhidmatan seperti itu.

“Pernah ‘guest’ buat nasi lemak, minyak tumpah. Menangis kena bersihkan. Selagi mereka tak berada dalam kasut kita, mereka tak faham.

“Tahu nak cepat, tapi kaki kompelin. Siap doakan boikot pula tu, bukan main dia,” katanya di Facebook.

Luahannya itu mendapat perhatian orang ramai yang menyokong kenyataannya itu, malah ada juga yang tidak bersetuju.

“Guest ni kadang nak melenting bila kita bagi masuk lambat. Saya dah empat tahun lebih buat kerja pembersihan. Belum lagi meninggalkan bau. Bau hangit, bau lampin pakai buang, rokok. Kepada ‘guest’, tolong jangan merokok dalam bilik atau ‘homestay’. Susah nak hilangkan bau rokok,” ujar seorang pengguna.

“Tak patut doa macam tu. Suruh dia cuba kerja pembersihan dulu baru cerita. Cakap kat dia, jahat betul jari dia menaip. Semoga Allah lancarkan selalu rezeki awak melalui ‘homestay’,” doa seorang lagi pengguna.

“Dia faham tak ‘homestay’ dan hotel? ‘Homestay’ ni satu rumah kena bersihkan. Ada berapa bilik, berapa tandas, dapur dan lain-lain. Hotel? Nak banding biar la epal dengan epal,” komen Syabila Aqirah.

Semalam Kosmo! Online melaporkan, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap waktu daftar masuk serta keluar di inap desa dan hotel tempatan.

Ia susulan kebanyakan ‘homestay’ dan hotel didakwa mengambil masa terlalu lama untuk membersihkan bilik yang telah diduduki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI