fbpx

‘Berdiam lebih baik, saya tenang sahaja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZURA memilih untuk bertenang dan enggan mengulas lanjut tentang banyak andaian umum tentang rumah tangga yang seperti telur di hujung tanduk ketika ini.

SHAH ALAM – Pelakon juga usahawan tudung, Nur Fazura memilih untuk bertenang daripada banyak mengulas andaian khalayak tentang kesudahan kemelut rumah tangganya dengan Fattah Amin bagi mengelakkan spekulasi lebih teruk.

Malah Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin berkata, dia kekal tenang dengan ujian yang menimpa apabila nekad memutuskan menuntut cerai daripada Fattah sejak 13 September lalu.

“Tiada apa-apa yang hendak saya komen hari ini. Sebagai isteri dan ibu saya hanya mahukan yang terbaik.

“Berdiam lebih baik. Keadaan saya tenang sahaja,” katanya ketika ditemui selepas sebutan permohonan cerai terhadap suaminya, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, hari ini.

Pada prosiding yang berlangsung di hadapan Hakim Syarie Abdul Malek Soleh itu, Fattah turut hadir dengan cadangan perbincangan tentang perceraian mereka.

Menurut peguam syarie yang mewakili Fazura iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan pihaknya akan meneliti cadangan tersebut sebelum sebutan semula kes pada 7 Oktober depan.

“Kami terima satu cadangan daripada pihak Fattah berkaitan permohonan. Cadangan itu tidak boleh didedahkan dan kami akan meneliti terlebih dahulu.

“Pihak-pihak akan berbincang untuk selesaikan secara baik tanpa melibatkan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP),” jelasnya.

Fazura, 41, dan Fattah, 33, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI