fbpx

Lelaki rentung dalam kebakaran rumah di Sitiawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah yang dihuni lapan sekeluarga selepas terlibat dalam kebakaran awal pagi tadi, Foto IHSAN BOMBA

LUMUT – Seorang lelaki rentung apabila sebuah rumah teres setingkat dihuni lapan orang terbakar dalam kebakaran awal pagi tadi di Taman Muhibbah 2, Sitiawan dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.38 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Khairul Ridzuan Muhamad Taib, 46, manakala tujuh lagi ahli keluarganya berjaya menyelamatkan diri.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata,  pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 2.40 pagi sebelum 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan dan Seri Manjung bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau memaklumkan, pihaknya berjaya mengawal kebakaran pada pukul 3.21 pagi dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 5.16 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI