fbpx

Sindiket edar jus dadah di Pulau Pinang tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan aktiviti pengedaran jus dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan pelbagai jenis dadah bernilai RM590,100 susulan penangkapan seorang suspek lelaki di Jelutong, semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, pihak polis menahan suspek lelaki berusia 26 tahun di kawasan tempat letak kereta dalam operasi kira-kira pukul 4.25 petang kelmarin hingga 3.30 pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan pihak polis telah merampas 11 plastik disyaki serbuk jus MDMA seberat 259 gram bernilai RM3,300 serta plastik lutsinar disyaki ketamin anggaran berat 12.0 gram bernilai RM2,400,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, suspek telah membawa polis ke sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan MDMA di Jelutong, kira-kira pukul 4.50 petang semalam.

“Polis telah merampas 1,134 plastik dan 10 balang plastik lutsinar berpenutup setiap satu berisi serbuk dadah disyaki dadah jenis MDMA anggaran berat 37.69 kilogram bernilai RM560,040.

“Turut dirampas tiga plastik lutsinar setiap satu mengandungi serbuk dan ketulan ketamin anggaran berat 76.80 gram bernilai RM15,360, 128 biji pil ekstasi. Polis juga merampas 10 biji pil erimin 5, enam bekas plastik berisi cecair dadah,” katanya.

Tambahnya, risikan mendapati aktiviti sindiket ini baru bergiat aktif awal Mac tahun ini dan jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh digunakan seramai 9,500 orang atau 9,500 kali penggunaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI