fbpx

Kelayakan Piala Asia B-20: Malaysia antara pasukan pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA berjaya mengikat Korea Utara seri tanpa jaringan pada aksi kedua kelayakan Piala Asia B-20 di Tajikistan kelmarin. - FAM

KEJAYAAN mengikat juara tiga kali, Korea Utara tanpa jaringan dalam aksi kedua kelmarin kelmarin membuktikan skuad bawah 19 tahun (B-19) negara makin matang untuk merebut tempat ke pusingan akhir Piala Asia B-20 di China tahun depan.

Kejayaan tanpa kalah dalam dua perlawanan awal di Stadium Republican Central, Dushanbe, Tajikistan itu memberi gambaran anak-anak buah Juan Torres Garrido kini dahagakan kejayaan dan boleh dianggap sebagai salah satu pasukan pilihan untuk layak daripada Kumpulan E.

Keputusan aksi antara tuan rumah, Tajikistan dan Korea Utara malam ini bakal memberikan gambaran lebih jelas buat Malaysia untuk merencana strategi lebih baik, sekurang-kurangnya layak selaku lima pasukan tempat kedua terbaik.

Bagaimanapun, nasib skuad muda negara terletak sepenuhnya di tangan pemain yang kini mempunyai tempoh tiga hari untuk melakukan persiapan lebih rapi sebelum menghadapi cabaran getir menentang Tajikistan pada Jumaat ini.

“Syukur kita ada tiga hari waktu rehat sebelum menentang Tajikistan. Jadi saya amat yakin pemain akan menunjukkan prestasi yang terbaik untuk menang dan mengesahkan slot ke Piala Asia B20 di China tahun depan,” kata pengurus pasukan, Datuk Mohd. Joehari Ayub.

Untuk aksi dengan Tajikistan, satu mata menjadi sasaran realistik memandangkan tuan rumah memiliki rekod agak baik selepas pernah layak ke suku akhir pada dua edisi lepas.

Keputusan seri 2-2 dengan Tajikistan dalam aksi Kumpulan D edisi 2018 yang juga penampilan terakhir Malaysia di pusingan akhir Piala Asia B-20 harus dijadikan pedoman untuk sekali lagi mencipta kejayaan ke atas lawan itu.

Sebagai rekod, skuad negara gagal melayakkan diri ke pusingan akhir kejohanan itu di Uzbekistan tahun lalu apabila sekadar menamatkan aksi kelayakan di tangga ketiga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI