fbpx

Pekebun sawit serah RM290,000 untuk ‘siasatan’ melopong duit kena kebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BATU PAHAT – Seorang pekebun sawit berputih mata selepas kerugian RM290,000 setelah diperdaya seorang lelaki menyamar pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa, lelaki warga emas berusia 61 tahun pada mulanya menerima panggilan daripada seorang wanita yang mendakwa ‘pegawai SKMM’ yang menyatakan namanya terlibat dalam sindiket penipuan akaun bank.

Katanya, panggilan tersebut kemudian disambung kepada ‘pegawai polis’ dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

Menurut beliau lagi, pegawai tersebut memintanya membuat laporan polis melalui telefon.

“Dalam perbualan telefon, suspek memberitahu mangsa boleh diikat jamin tetapi semua hartanya akan dibekukan kerana kes masih dalam siasatan.

“Mangsa juga diminta mengikuti segala prosiding mahkamah sebelum meminta memindahkan wang ke dalam beberapa akaun bagi tujuan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Shahrulanuar Mushaddat , antara 6 hingga 15 September mangsa melakukan beberapa pemindahan wang kepada enam akaun berbeza secara berperingkat sehingga berjumlah RM290,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI